Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa? | Menurut data kami, ayat tersebut betul. i. Saya makan nasi (ayat biasa) ii. Nasi saya makan (ayat pasif) iii. Makan nasi saya (ayat songsang) | Tatabahasa | 16.11.2018 |
Adakah nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA adalah kata nama khas? Bagaimanakah cara ejaan yang betul? | "Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng USA" ialah kata nama khas. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 14.06.2022 |
yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilaf | Nasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. Terima kasih. | Makna | 04.10.2017 |
Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang? | Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi" | Tatabahasa | 07.11.2022 |
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas? | Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya mengenai ejaan NASI KEBULI. saya dapati, ejaan NASI KEBULI dalam kamus dewan edisi keempat adalah NASI KABULI. tapi bila saya google NASI KABULI, yang saya temui adalah NASI KEBULI. beberapa orang lama yang saya tanya, mereka juga menjawab NASI KEBULI. Bagaimana ya tuan. apakah ejaan yang tepat, NASI KABULI atau NASI KEBULI? sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah nasi kabuli. | Ejaan | 19.08.2013 |
Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini? | Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak Lemak | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 24.02.2019 |
Yang mana satukah lebih tepat: nasi biryani atau nasi briyani? Terima kasih. | Ejaan yang betul nasi beriani. | Ejaan | 07.01.2021 |
Nasi Campur | Soalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut. | Lain-lain | 10.10.2021 |