Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningĀ­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nasi yg dimasak dgn lemak ayam; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi ayam

Puisi
 

Nasi kunyit gulai ayam,
     Mari makan di Batu Melintang;
Topi senget jalan malam,
     Jalan mencari sanggul melintang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah nama makanan/hidangan seperti nasi ayam perlu ditulis dengan huruf besar di awal setiap perkataan. Cth: Nasi Ayam, Ikan Tiga Rasa, Sawi bersama Udang dan Sotong? Atau hanya bila nama hidangan itu Nasi Ayam Nyonya?Perkataan nasi ayam., sawi bersama sawi dan lain-lain ditulis dengn huruf kecil dalam ayat.Tatabahasa10.09.2014
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
nasi ayam huruf besar atau kecil?Perkataan nasi ayam ditulis dengan huruf kecil.Ejaan10.12.2013
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak LemakAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.Lain-lain24.02.2019
Salam. Adakah menjadi satu kesalahan jika meletakkan nama pekan dihadapan nama ibu negeri untuk tujuan menekankan lokasi ? Sebagai contoh Ipoh Pasir Putih Nasi Ayam?Pembentukan nama yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Nasi Ayam Pasir Putih Ipoh".Tatabahasa24.08.2015
nasi ayam apollo hj mustapa boleh digunakan atau tidak

Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP  di www.dbp sahbahasa.my.

Lain-lain19.07.2017
nasi ayam take awaySila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain01.09.2015
Apakah terjemahan dalam BM bagi perkataan : 1. claypot. 2. sizzling. Kedua-dua perkataan ini sering digunakan dalam menu makanan. Contohnya, mi sizzling atau nasi ayam claypot.Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk "calypot" dan "sizzling" untuk contoh yang diberikan ialah:

Hidangan Mi Berdesir

Nasi Ayam Belanga
Makna09.11.2020
Kedai Makan yang menggunakan ejaan seperti " Nasi Beriani Ayam" sahaja di papan iklan adakah ianya sesuai diguna pakai?. TKUntuk makluman tuan, setiap papan iklan perniagaan yang hendak dipasang di premis perniagaan perlu merujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, maklumat yang perlu ada bagi visual papan tanda premis kedai makan ialah keterangan aktiviti perniagaan contohnya, RESTORAN/ KAFE / KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN di bahagian paling atas sebelah kiri, nama kedai:  HAFIZ CORNER (di bahagian tengah ) dan keterangan tambahan jika ada  contohnya,  Nasi Beriani Ayam (di bahagian bawah nama kedai). Lain-lain13.01.2021
1. Pada setiap waktu petang, Pak Ali akan memberikan __________ nasi kepada ayam ternakannya. A. sekepal B. segenggam Apakah perbezaan antara A. dan B.? Terima kasih.Maksud sekepal - sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. Maksud  Segenggam pula ialah banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perbezaannya dapat dilihat dari segi jumlah banyaknya sesuatu yang dapat dipegang.Makna02.07.2019
12

Kembali ke atas