Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasi yg ditanak dgn santan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nasi yg dimasak dgn santan dan dimakan dgn sambal tumis dll; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi lemak

Puisi
 

Nasi lemak buah bidara,
     Mari makan di pagi hari;
Buang emak buang saudara,
     Tidaklah menyesal kemudian hari.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuanJawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak.Tatabahasa29.10.2017
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
Salam sejahtera. Saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah gramatis: 1) Lisa pakai baju baharu. 2) Dia beli nasi lemak. Oleh sebab kedua-dua ayat ini ditulis untuk murid tahun 1, jadi kami tidak membubuh imbuhan untuk kata kerja. Tetapi adakah ayat-ayat seperti ini gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis:
1) Lisa memakai baju baharu.
2) Dia membeli nasi lemak.

Tatabahasa26.01.2017
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.'Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais.Ejaan01.05.2021
Salam sejahtera; Tuan: Apakah perbezaan antara "membekalkan" dengan "membekali"? Harap pihak tuan memberikan ayat contoh untuk membezakan kpenggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks ayat. Terima kasih.Membekalkan bermaksud memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal: Sebelum Abu berangkat, emak membekalkan nasi lemak kepadanya; dan mebekali bermaksud memberi bekal kepada: Emak membekali Abu sebungkus nasi lemak.Tatabahasa07.03.2013
Adakah ayat-ayat tersebut betul? a) Doktor gigi menasihati Natasya supaya menggosok gigi setiap kali selepas makan b) Puan Hasnah membekali suaminya nasi lemak untuk dimakan pada waktu rehat. C) Peserta-peserta yang akan menjalani kursus itu perlu sentiasa berpakaian kemas. d) Kami menghiasi gambar-gambar pemandangan pada dinding kelas.Ayat a, b dan c adalah betul. Ayat "d" adalah salah. Ayat yang betul ialah Kami menghiasi dinding kelas dengan gambar-gambar pemandangan.Tatabahasa04.10.2013
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELURUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain22.01.2015
Selamat sejahtera. Tolong nasihat sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah: 1. Para penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat. *Adakah perkataan "penduduk" membawa maksud jamak? 2. Ali dan Ahmad suka makan roti canai manakala Abu suka makan nasi lemak. *Perkataan "manakala" betul penggunaannya atau perlu diganti dengan perkataan "tetapi"? Sekian, terima kasih.1. Penduduk lazimnya membawa maksud jamak, ayat yang betul penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat.
2. Penggunaan kata hubung "manakala" dalam ayat tersebut betul.
Tatabahasa05.04.2016
12

Kembali ke atas