Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nasi yg dimasak dgn minyak sapi atau lemak berserta rempah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk bunga cengkih? Ayat contoh: Puan Nurul meletakkan beberapa batang bunga cengkih dalam ramuan nasi minyak. Terima kasih.Untuk makluman puan, penjodoh bilangan untuk bunga ialah kuntum.

Puan Nurul meletakkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam ramuan nasi minyak.
Tatabahasa26.12.2013
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza?Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.Tatabahasa11.07.2014

Kembali ke atas