Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nasibnasibMuzikTiada

 Lagu bangsawan yang dinyanyikan dengan perasaan dan suasana yang sedih. Contohnya, lagu asli yang bertempo perlahan dinyanyikan semasa seorang pelakon berasa se­dih dalam sesuatu pementasan bangsawan. Sinonim lagu nasib.

lagu nasiblagu nasibMuzikTiada

 Lihat nasib.

lagu tarik nasiblagu tarik nasibKesusasteraanTiadaLagu yang dinyanyikan oleh watak wanita dalam teater bangsawan ketika mengenang nasibnya yang malang.
peripetytukar nasibKesusasteraanTiadaPembalikan nasib protagonis dalam satu karya drama atau cereka rekaan.
sanad nasibbon dividenPerniagaan IslamTiadaBon yang diterbitkan dengan nilai catatan sama dengan nilai sebenar. Bon ini diberi faedah berdasarkan tempoh tertentu melalui undian setelah cukup tempoh bagi memilih bon yang boleh dibayar semula berserta dengan faedah yang dijanjikan, dan memilih bon yang tidak diberi faedah. Bon dividen diharamkan oleh syarak kerana dianggap seperti loteri atau judi.
kismetkismat; nasibSejarahTiadaTiada
self-determinationpenentuan nasib sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
self-determinationpenentuan nasib sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganMenguruskan pentadbiran hal ehwal negara tanpa bantuan pihak lain setelah mencapai kemerdekaan. Negara ini perlu menentukan sendiri semua urusan ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, negara ini turut melakukan hubungan kerjasama atau menganggotai pelbagai organisasi antarabangsa. Contohnya, Malaysia yang telah merdeka kini telah berupaya berusaha untuk menentukan nasibnya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kuasa luar.
game of chancepermainan nasibUndang-undangTiadaTiada
role of fortuneperanan nasibSejarahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas