Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se­mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpen­didikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd cengkaman kuasa asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasionalisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
Salam, dalam bahasa Melayu, perkataan "-isme" atau "-isma" yang betul?Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Tatabahasa09.04.2012
Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan.Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. 
 
Istilah16.06.2020
Apakah perbezaan penggunaan -isme dan -isma. Contoh: mekanisma dan saintisme. Terima kasih.Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Ejaan18.05.2012
Salam sejahtera, soalan saya berkaitan dengan ejaan 'metabolisme' dan ' mikroorganisma'. Pelbagai rujukan telah dibuat tetapi saya tidak dapat menentukan ejaan yang tepat. Sila rujuk bahan yang saya lampirkan. terima kasih.Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma.Ejaan04.08.2013
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan.Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan21.06.2012
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM?Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku  Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu  barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP.Makna16.10.2017
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit.
Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut:
Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar.
Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam pe­nulisan atau pertuturan 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pe­mikiran pendengar
Makna24.04.2012
Kamus Dewan Edisi Keempat mengeja terjemahan perkataan "mechanism" sebagai "mekanisme". Walau bagaimanapun, saya diberitahu oleh seorang pegawai DBP bahawa ejaan tersebut adalah salah. Ejaan yang betul ialah "mekanisma". Saya mohon pengesahan tentang perkara ini. Jika dibandingkan dengan terjemahan perkataan "organism" sebagai "organisma", "mekanisma" adalah betul.Isme ialah akhiran asing yang membawa maksud kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan seperti nasionalisme. Berdasarkan maksud yang tersebut ejaan yang betul ialah mekanisma. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Lain-lain18.10.2010
Apakah yang boleh dilakukan melalui sastera dalam memperjuangkan bangsa dan apakah contoh-contohnya?Untuk mandapatkan maklumat ini, saudara boleh merujuk ASAS 50 yang dianggotai oleh penulis wartawan zaman 50-an seperti Rahim Kajai, Pak Sako dll. Saudara juga boleh merujuk novel karya Ishak Hj. Muhammad@ Pak Sako, Harun Aminurrashid. Selain itu, puisi hasil karya Usman Awang, A. Samad Said juga boleh juga dirujuk untuk tujuan ini. Contoh-contoh perjuangan bangsa melalui sastera ialah seperti ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa dan sastera, nasionalisme Melayu dan sebagainya. Terima kasih.Lain-lain25.09.2006

Kembali ke atas