Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.trium] | نتريوم

Definisi : (Kim) unsur logam yg mudah ter­oksida dlm udara dan sangat reaktif; ~ hidrogen karbonat = ~ bikarbonat sj se­batian berbentuk serbuk atau hablur berwarna putih yg digunakan utk membuat minuman bergas dan serbuk penaik, soda penaik; ~ hidroksida sj sebatian yg berbentuk pepejal putih, bersifat mengakis apabila berair, dan digunakan dlm industri bahan kimia, kertas, dsb, soda kaustik; ~ karbonat sj sebatian yg berwarna putih dan digunakan utk membuat kaca, kertas, sabun, detergen, dsb, soda abu; ~ klorida sj sebatian berbentuk hablur, tidak berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dlm industri bahan kimia, metalurgi, peng­awetan makanan, dll, garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.trium] | نتريوم

Definisi : ist unsur logam berwarna perak yg banyak terdapat dlm garam biasa dsb dan digunakan dlm penge­luaran bahan kimia, penapisan petro­leum dll. ~ arsenat hablur beracun yg tidak berwarna dan larut di dlm air (digunakan sbg bahan pembunuh serangga dll). ~ hidroksida hablur putih yg lembap cair dan larut dlm air, alkohol dan gliserol (digunakan sbg bahan uji utk menganalisis sesuatu, sbg bahan pembersih dsb). ~ karbonat hablur tidak berwarna atau berwarna putih dan tidak berbau (digunakan dlm pembuatan gelas, sabun, kertas dll). ~ klorida hablur berwarna putih yg larut dlm air dan digunakan dlm masakan dll; garam biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata natrium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alfin initiatorpemula AlfinKejuruteraanPolimerCampuran alil natrium, natrium isoperoksida dan natrium klorida yang digunakan sebagai pemula anion di dalam pelarut tak berkutub untuk menghasilkan polimer isotaktik.
green liquorlikuor hijauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCecair yang terdiri daripada campuran natrium sulfida, Na2S; natrium karbonat, Na2SO3; dan natrium sulfat, Na2SO4 yang didapati daripada proses perolehan semula Kraft. Sebahagian daripada kandungan likuor hijau, iaitu natrium sulfida boleh digunakan semula dalam campuran likuor putih.
natriumnatriumPerubatanTiadaTiada
interesterificationinteresterifikasiBioteknologiTiadaTindak balas yang dimangkinkan oleh natrium atau natrium alkoksida atau enzim lipase yang menyebabkan perpindahan secara rawak residu asli lemak dalam molekul asilgliserol.
castile soapsabun kastilKimiaTiadaPepejal putih berbuku, yang terdiri daripada campuran natrium oleat, natrium palmitat dan garam asid lemak lain.
water glasskaca airKejuruteraanKejuruteraan KimiaLarutan yang terdiri daripada natrium ortosilikat (Na4SiO4) dan natrium metasilikat (Na2SiO3) serta sedikit benda asing, seperti natrium, kalsium, besi, dan aluminum dalam kuantiti ppm. Kaca air digunakan untuk membuat tekstil kalis api dan digunakan juga dalam industri penapisan petroleum.
natrium lamplampu natriumSosiologiTiadaLampu nyahcas yang biasa digunakan di persimpangan jalan kerana cahayanya kuning keemasan.
saltingpenggaramanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses mengawet bahan makanan dengan menggunakan garam biasa atau natrium klorida. Natrium klorida akan menepukan kandungan air dalam bahan makanan dan dapat mengelakkan kerosakan akibat mikroorganisma terutamanya bakteria.
sodium hypochlorite poisoningkeracunan natrium hipokloritKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium hipoklorit (formula kimia, NaOCI), iaitu bahan yang terdapat dalam larutan peluntur (mengandungi 3% - 6% natrium hipoklorit dalam air). Larutan ini hampir sama korosif dengan natrium hidroksida pada kepekatan yang serupa. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan teramat berserta muntah. Keracunan kronik tidak berlaku.
bile saltgaram hempeduPerubatanTiadaGaram natrium glikokolat dan natrium taurokolat dalam hempedu yang membantu pengemulsian lemak semasa pencernaan.
12345678910...

Kembali ke atas