Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zam]/[na.zam] | نظم

Definisi : Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair); bernazam bercerita dgn lagu, bersajak, ber­syair; menazamkan menceritakan dgn lagu, meng­gubah, menyajakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zam]/[na.zam] | نظم

Definisi : puisi lama (spt syair) yg terdiri drpd dua belas baris serangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nazam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nazamnazamKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berasal dari Parsi. Genre nazam ini mempunyai bentuk yang tetap terutama dalam asterik pembentukan baris dan pembinaan rima. Isi dan pemikirannya lebih banyak berkisar pada hubungan antara raja dan hamba-hambanya. Contohnya, Nazam dalam petikan di bawah. Bahawa bagi raja sekalian Hendak ada menteri demikian Yang pada suatu pekerjaan Sempurnakan segala kerajaan.
nazamnazamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�.
nazamnazamKesusasteraanTiadaTiada
categorykategoriKesusasteraanPuisiPenggolongan sesuatu bentuk puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, ruba'i dan sajak.
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.

Kembali ke atas