Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zar] | نذر

Definisi : Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (mele­paskan, menunaikan) ~ membuat atau me­nunaikan apa yg telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zar] | نذر

Definisi : janji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nazar
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :niat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
نذر التبررnazar kebajikanAgama IslamFiqhNazar yang membawa kepada kebaikan kepada diri dan pihak lain.
نذر المعصيةnazar maksiatAgama IslamFiqhNazar yang bertentangan dengan hukum syarak.
فيه نظرfīhi naẓarAgama IslamHadith1. Lafaz tajrih yang paling tinggi darjatnya. 2. Lafaz tajrih yang paling rendah darjatnya menurut Imam Bukhariy.
فلان لا يحتج بهfulān la yuḥtajju bihiAgama IslamHadithLafaz tajrih yang lebih rendah darjatnya daripada fihi nazar menurut pandangan selain daripada Imam Bukhariy.
waqf prayerwakifEkonomiEkonomi IslamIndividu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf.
sandiwarasandiwaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan.

Kembali ke atas