Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ga.ra] | نݢارا

Definisi : 1 kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan: Kepentingan ~ lebih di­utamakan drpd kepentingan perseorangan. 2 sesuatu kawasan yg didiami oleh masyarakat tsb: ~ Malaysia. ~ dunia ke­tiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara berkumpulan yg dianggap masih mundur atau sedang membangun. ~ jiran, = ~ tetangga negara yg berdekatan. ~ maju negara kaya yg sebahagian besar ekonominya bergantung pd industri dan pendu­duk­nya menikmati taraf hidup yg tinggi. ~ matahari terbit negara Jepun. ~ membangun negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). ~ per­in­dustrian negara yg kekuatan dan kemajuan ekonominya berteraskan pel­bagai industri. kenegaraan segala yg berkaitan dgn negara. negarawan orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Tatabahasa03.04.2012
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013
Manakah yang paling tepat ? "antara negara" atau "antara negara-negara" ? Terima kasih.Penggunaan yang tepat ialah "antara negara".Lain-lain25.05.2022
Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak (untuk )negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Penggunaan kata sendi nama ‘untuk’ di sini salah atau betul?Kalau betul mengapa?Penggunaan kata sendi nama "untuk" betul dalam konteks ini kerana menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.Tatabahasa14.01.2021
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n gengDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. Lain-lain04.06.2011
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya.Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan.Lain-lain26.05.2018
Manakah ejaan yang betul?Negara Thai. @ negara Thailand @ Thailand sahaja.CONTOH : Banjaran gunung Negara Thai. @ Banjaran gunung negara Thailand @ Banjaran gunung Thailand? Terima kasihUngkapan yang betul ialah negara Thai dan banjaran gunung negara Thai. Tatabahasa28.10.2011
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Salam. 1. Namakan tokoh X dan Y ? 2.Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia? 3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ? 4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X? .. Adalah kesemua ayat di atas perlu diletakkan tanda baca? Bagaimanakah membezakan ayat penyata dan ayat tanya? Mohon pencerahan. Terima kasihAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan manakala ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).  
Kesemua ayat tanya dibawah ini perlu diakhiri dengan tanda soal.
1. Namakan tokoh X dan Y?
2. Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X?
Tatabahasa23.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas