Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELARIAN POLITIKSeseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri.UNDANG-UNDANGKonsep
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)]

Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence

Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika

Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang

politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada

150 buah negara asing, serta menilainya bagi

kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat

seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia

melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan

maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA

menggunakan ramai perisik asing untuk

mendapatkan maklumat tentang negara mereka

sendiri.

UMUM 
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI

Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi

utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa

sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara

ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi-

agensi lain mungkin terlibat dalam bidang

kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan

luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk

kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah

anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam

jabatan kerajaan yang bertanggungjawab

terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya

dikenali sebagai kementerian luar negeri atau

pejabat luar negeri.

UMUM 
DEPORTASIDeportasi ialah tindakan sesebuah kerajaan yang

memaksa penduduk asing untuk meninggalkan

negara tersebut dan pulang ke tempat kelahiran

atau tempat kediaman asal mereka.

UMUM 
ABDULLAH HUSSAIN, DATO’

Abdullah Hussain, Dato' (1920– ),

Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya

yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu

adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping

itu, dia  pernah menghasilkan puisi, novel dan

cerpen asing.

UMUM 
CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN

Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA

Perbadanan Kewangan Antarabangsa –

International Finance Corporation (IFC) ialah

badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh

kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan

pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif

di kalangan negara anggota yang kurang

membangun. Ia melabur dalam perusahaan

swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada

pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk

sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih

besar yang disediakan oleh pelabur usahawan

swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga

melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh

kerajaan dan pelabur swasta.

UMUM 
PERTEMPURAN BANNOCKBURN

Pertempuran Bannockburn ialah salah satu

pertempuran paling penting dalam sejarah

Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada

tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland

menyelamatkan negara mereka daripada

pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera

Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce

menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini.

Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland,

tetapi pertahanan Scotland bertempur dari

kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak

Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan

sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih

besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan

orang Inggeris dengan menggali lubang di

sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris

melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk.

UMUM 
MAKATI

Makati (pend. 372 204) ialah bandar di Pulau

Luzon, Filipina. Ia terletak kira-kira satu kilometer di

selatan Manila, ibu negara Filipina, dan luasnya

lebih kurang 29 kilometer persegi. Makati ialah

kawasan pinggir Manila yang makmur dan

mempunyai kawasan kediaman yang selamat serta

menjadi tempat tinggal orang Filipina yang kaya

dan juga masyarakat asing di Manila.

UMUM 
12

Kembali ke atas