Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
huruf 'n' yg ke-2 bg nama khas Negeri-negeri Melayu Bersekutu perlu dieja Negeri-negeri... @ Negeri-Negeri... begitu jg bg nama khas yg lain spt. Peringatan Raja-raja Kedah, Undang-undang Kedah, Negeri-negeri Selat. harap dtp bantu saya. Terima kasih.Nama-nama khas seperti Negeri-Negeri Bersekutu, Undang-Undang Kedah, Negeri-Negeri Selat ditulis dengan huruf besar pada kata ganda yang kedua.Tatabahasa03.07.2013
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditulis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau; Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuCara penulisan yang betul ialah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.Tatabahasa30.01.2016
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992Ejaan28.03.2005
Yang mana satu ditulis dan disebut dengan betul : Pengarah-pengarah negeri atau Pengarah Negeri-negeri atau Pengarah Negeri - Pengarah Negeri ?Ejaan dan sebutan yang betul, ialah Pengarah-pengarah Negeri. Ejaan13.01.2011
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih .

Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan"
Lain-lain01.10.2016
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke?

Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini  perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti  seperti  pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan.

Lain-lain16.06.2022
Perbezaan Dato' dan DatukDato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.Makna04.01.2007
PERBEZAAN PERKATAAN DATO' DAN DATUKDato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.Makna04.04.2009
perbezaan dato` & datukGelaran kehormat 'Datuk' dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan yang diberikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan yang dianugerahkan oleh negeri-negeri tidak beraja , manakala 'Dato' dianugerahkan oleh negeri-negeri Melayu yang beraja.Lain-lain24.12.2009
1. N atau n yang betul dalam Negeri/negeri China ? 2.Mengikut teori, kata adjektif sahaja akan menerima imbuhan memper......Tetapi mengapa kata 'tingkat' (Kata nama/ bukan kata adjektif)menerima imbuhan memper dan bukannya memper.....kan. Tolong jelaskan. Terima kasih.

1. Merujuk Republik Rakyat China, istilah yang perlu digunakan ialah Negara China, bukan Negeri/negeri China.  

2. Perkataan 'tingkat' tergolong dalam kata  kerja, bukan kata nama atau kata adjektif.

Ejaan27.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas