Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
straits settlement currencymata uang negeri-negeri selatmata wang negeri-negeri selatmata wang negeri-negeri selatEkonomi
tributary statenegeri upetinegeri uftiannegeri uftianSains Politik
princely statenegeri berkerajaannegeri berajanegeri kecil berajaSains Politik
state financepembiayaan negeripembiayaan negeripembiayaan negeriEkonomi
state deductionpotongan negeripotongan negeripotongan negeriEkonomi
internal securitykeamanan dalam negerikeselamatan dalam negerikeselamatan dalam negeriSains Politik
internal colonialismkolonialisme dalam negerikolonialisme dalam negerikolonialisme dalam negeriSains Politik
foreign servicedinas luar negeriperkhidmatan luar negeriperkhidmatan luar negeriSains Politik
domestic productionproduksi dalam negeripengeluaran dalam negeripengeluaran dalam negeriSosiologi
domestic labourburuh dalam negeriburuh dalam negeriburuh dalam negeriSosiologi
12345678910...

Kembali ke atas