Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Old SouthNegeri-Negeri Konfederasi (Amerika Syarikat)SejarahTiadaTiada
Indianised StatesNegeri-negeri KeindiaanSejarahTiadaTiada
Unfederated Malay StatesNegeri-negeri Melayu Tak BersekutuGeografiTiadaTiada
state elections OfficerPegawai Pilihan Raya NegeriUndang-undangTiadaPegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran pilihan raya di Negeri-Negeri.
delimitation of constituencypersempadanan bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaPengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.
colonial administrationpentadbiran penjajahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah.

statenegeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu wilayah atau kawasan yang wujud dalam sebuah negara persekutuan yang mempunyai sempadan yang jelas, penduduk, kedaulatan dan kerajaan sendiri. Gabungan beberapa negeri ini akan membentuk sebuah negara persekutuan. Kerajaan negeri biasanya mempunyai kuasa autonomi yang tersendiri. Negeri ini juga mempunyai dewan undangan dan pentadbiran sendiri. Terdapat autonomi negeri yang kuat dan dihormati oleh kerajaan pusat seperti negeri-negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga autonomi negeri yang lemah dan sering didominasi oleh kerajaan pusat seperti negeri di India.
Council NegeriMajlis NegeriUndang-undangTiadaDewan perwakilan di Negeri Sarawak.
vassal-statenegeri IindunganSains PolitikPolitik PerbandinganNegeri yang berada di bawah perlindungan satu kuasa besar. Negeri ini memiliki kerajaan dan pemerintahan sendiri tetapi ikatan dengan kuasa besar meletakkannya dalam kedudukan subordinat dan kedaulatan yang tidak mutlak. Pergerakan negeri ini sentiasa diawasi oleh penaungnya dan ia tidak bebas bertindak seperti negara lain. Contohnya, kedudukan Kedah, Kelantan dan Terengganu pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Siam merupakan kedudukan yang bersifat negeri lindungan.
State Amateur Athletic Association (State A.A.A)Persatuan Olahraga Amatur Negeri (P.O.A Negeri)SukanTiadaBadan olahraga negeri yang bersekutu dengan badan induk kebangsaan.
12345678910...

Kembali ke atas