Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.la.yan] | نلاين

Definisi : penangkap ikan di laut: kebanyakan orang Melayu hidup dgn bersawah, menjadi ~ atau tuan punya kebun kecil; ~ pantai nelayan yg menangkap ikan di sepanjang perairan dekat pantai, biasanya menggunakan bot kecil sahaja, peralatannya serba keku­rangan, hasil tangkapannya kecil dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.la.yan] | نلاين

Definisi : orang yg kerjanya menangkap ikan; penangkap ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nelayan (kata nama)
Bersinonim dengan penangkap ikan, pemancing, pengail.,

Puisi
 

Kapal belayar sarat muatan,
     Nelayan di laut sedang memukat;
Biar jauh seberang lautan,
     Kerana budi terasa dekat.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN

PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN, persatuan yang menggabungkan berbagai-bagai persatuan nelayan tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat nelayan.  Persatuan ini lebih dikenal sebagai NEKMAT.  NIKMAT ditubuhkan pada 27 Oktober 1985 dan dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia, di Lumur, Perak.  Persatuan ini didaftarkan pada 30 November 1985.

BUDAYAPersatuan
SANTUBONG

Santubong ialah sebuah perkampungan nelayan

yang memiliki pantai yang indah. Ia juga terkenal

dengan Gunung Santubong setinggi 2700 kaki dari

paras laut, yang menjadi salah satu tarikan

pelancong ke negeri Sarawak. Ia juga merupakan

kawasan beberapa penemuan arkeologi. Ukiranukiran

batu daripada pengaruh Hindu-Buddha

telah ditemui di lembangan sungai Santubong.

Majoriti penduduknya ialah orang Melayu.

UMUM 
ANDREW, SAINT

Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12

orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik

lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang

nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai

utara Laut Galilee.

UMUMUmum
BANGAU

BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang.

BUDAYAKonsep
SCOTLAND, SEJARAH

Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland

mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir.

tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini

menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000

S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan

nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari

selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan

sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir.

Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik

(Zaman Batu Pertengahan).

UMUM 
SEKOCI

SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan.  Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat.   Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang.  Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
PASANG SURUT

Pasang surut ialah turun naik paras air di

kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa

yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan

orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai

dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak

yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan

berenang semasa air sedang pasang dan mencari

kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang

surut air juga menandakan waktu bermula atau

berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana

nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau

masuk pelabuhan.

UMUM 
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
PULAU LONG

Pulau Long (pend. 6 861 474) ialah pulau yang

membentuk bahagian tenggara negeri New York.

Jumlah penduduknya lebih besar daripada jumlah

penduduk di 41 buah daripada 50 buah negeri di

Amerika Syarikat. Pulau ini dipenuhi kawasan

bandar yang sesak, kawasan subbandar yang

besar, dan bandar kediaman yang lebih kecil.

Ladang, perkampungan nelayan, dan pusat

peranginan terletak di kawasan sebelah timur.

Sebahagian daripada kawasan sebelah barat Pulau

Long termasuk dalam kawasan New York City.

UMUM 
PAYANG

PAYANG, sejenis perahu layar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam.  Payang biasanya berukuran antara 10 m hingga 13 m panjang dan 1.8 m lebar di bahagian perut.  Payang yang lebih besar mempunyai ukuran sehingga 13.7 m panjang dan 4 m lebar di bahagian tengah perut.  Payang boleh nemuatkan antara 20 hingga 25 orang awak-awak.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
12

Kembali ke atas