Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nematod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEMATOD

Nematod ialah cacing yang halus. Apabila dilihat

dari hujung atau dikerat melintang, nematod

adalah bulat . Ia juga dinamakan cacing gelang .

Badannya biasanya runcing di hujung.

Sesetengahnya terlalu kecil dan hanya boleh dilihat

melalui mikroskop, dan yang lain membesar

sehingga melebihi 90 sentimeter panjangnya.

Kebanyakan nematod jantan lebih kecil daripada

nematod betina.

UMUM 
PEWASAPAN

Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak

yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia

digunakan dengan meluas untuk menghapuskan

rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak-

perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan

untuk melindungi makanan seperti bijian,

kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan

serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut

dengan kapal antara negara kerap diwasapkan

untuk mencegah perosak dan penyakit daripada

merebak dari negara ke negara lain. Rumah,

pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain

kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas,

anai-anai, dan serangga-serangga lain.

UMUM 

Kembali ke atas