Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1. alam akhirat tempat orang yg ber­dosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan ben­cana: rumah itu bagaikan ~ baginya; menerakakan mendatangkan bencana, men­­­­celakakan; kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1 tempat di akhirat kelak bagi orang yg ingkar dan berdosa di dunia ini menerima balasannya: ~ jahanam neraka yg amat besar. 2 ki segala macam kesusahan dan penderitaan: ~ dunia keadaan hidup yg sangat susah atau azab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neraka

Puisi
 

Tebang mari kayu nangka,
     Hendak dibuat kayu api,
Seorang neraka seorang syurga,
     Yang mana satu hendak diganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, Apakah ejaan yang lebih tepat? 1. Surah Ghafir atau surah Ghafir 2. Syurga Firdaus atau syurga Firdaus 3. Neraka Jahanam atau neraka Jahanam Sekian, terima kasih.
Kata umum  seperti surah, syurga dan neraka dalam penulisan umumnya dieja dengan huruf kecil.  Hanya nama-nama surah, syurga dan neraka yang perlu dieja dengan huruf besar, contohnya, surah Ghafir, surga Firdaus dan neraka Jahanam.  
Ejaan30.05.2021
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf kecil atau besar. Bagi ejaan seperti Syurga Firdaus, Neraka al-Huthomah dan seumpamanya, adakah 'syurga' dan 'neraka' itu perlu dieja dengan huruf kecil? Bukankah ia perlu menggunakan huruf besar kerana dianggap sebagai satu frasa? Sekian, terima kasih.Kata umum seperti 'syurga' dan 'neraka' perlu dieja dengan huruf kecil. Hanya nama-nama syurga dan neraka yang perlu dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah.Ejaan14.04.2021
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya?Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.Tatabahasa02.06.2008
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih.Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat.

Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran.

Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna.
Lain-lain10.06.2021
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihanFrasa-frasa ini  tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi.Tatabahasa21.07.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
saya Husni abuwa sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya DBP perkataan "neraka" itu berasal daripada bahasa sanskrit serta contoh dalam ayat.Terima kasih

Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih

Penyelidikan22.09.2014
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
Assalamualaiku, bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya? Mengapakah dalam buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith oleh DBP menggunakan tanda baca sebegitu? Contoh: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka." Soalan saya, mengapakah digunakan tanda noktah bertindih selepas Rasulullah SAW bersabda? Mengapa tidak digunakan koma. Hujah saya, kerana selepas itu disusuli dialog/petikan kata/hadis. Atau adakah sebab tertentu yang boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith merupakan buku terbitan Kementerian Dalam Negeri bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa26.11.2019
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, mengapakah kebanyakan istilah Arab dalam PRPM dieja dengan huruf kecil? Misalnya, firdaus (nama syurga), iblis (bapa kepada bangsa jin sepertimana Adam sebagai bapa kepada bangsa manusia), firaun (raja Mesir zaman dahulukala), lailatulqadar (peristiwa penting dalam agama, sama konsepnya seperti Hari Easter, Halloween dan sebagainya) dan banyak lagi. Bagaimanakah penentuan tanda baca huruf besar dan kecil ini ditentukan? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman pihak puan, ejaan perkataan dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Semasa penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat dahulu, penentuan ejaan sama ada berhuruf besar atau berhuruf kecil tidak jelas kerana penyusun memasukkan sesuatu kata berdasarkan keputusan atau panduan yang dikeluarkan pada waktu itu.

 

Namun, semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana (KDP), pengejaan entri dibuat berdasarkan segala keputusan, panduan dan perbincangan yang diputuskan oleh beberapa pihak tertentu, termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Jawatankuasa Editorial, pertanyaan terus kepada pihak tertentu yang berkaitan dan sebagainya. Pada masa ini, keputusan untuk mengejakan sesuatu kata nama khas itu adalah lebih jelas dan dapat diandalkan.

 

Sistem penyusunan KDP merumuskan penentuan bagi kata nama khas  ialah nama yang menunjukkan tempat, peristiwa, nama orang dan lain-lain yang khusus. Sebanyak lebih kurang 30 kategori dimasukkan sebagai entri dan dieja dengan huruf besar. Antaranya ialah nama negara, negeri, perayaan, fahaman, gelaran, hari, bulan, tahun , zodiak, planet, lautan, benua dan lain-lain. Contoh perkataan nama khas yang dieja dengan huruf besar ialah Pahang, Lautan Atlantik, negara Afrika, garisan Sartan, bangsa Melayu dan sebagainya.

 

Nama-nama syurga dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah, nama malaikat seperti Jibrail dan Mikail dan lain-lain lagi.

 

Kata nama yang dianggap kata umum ditulis menggunakan huruf kecil.

 

Dengan penjelasan ini diharapkan dapat membantu puan dalam pengejaan sesuatu kata.

Ejaan07.12.2020

Kembali ke atas