Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neuro-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. SekianUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai.Istilah20.04.2011
Adakah wujud istilah sains neuro? Apakah terjemahan untuk istilah 'neuroscience'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk neuroscience dalam pangkalan data kami. Namun, perkataan Sains Neuro boleh diterima sebagai padanannya. Sekian. Terima kasih.Istilah21.08.2017
Apakah istilah bahasa Melayu untuk "Neuro Linguistik Programming" atau NLP?Belum ada istilah dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah Pemprograman Neurolingustik. Terima kasih.Istilah16.05.2018
Antara yang berikut, manakah istilah yang tepat bagi neuroplasticity? 1. Neurokeplastikan 2. KeneuroplastikanPadanan istilah yang sesuai ialah Keplastikan Neuro.Istilah18.08.2017

Kembali ke atas