Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néu.tron] | نيوترون

Definisi : (néutron) (Fiz) zarah yg tidak bercas (neutral) yg terdapat dlm nukleus atom semua unsur, kecuali isotop hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néu.tron] | نيوترون

Definisi : /néutron/ist zarah yg tidak ada se­barang cas elektrik dan merupa­kan bahagian yg membentuk nukleus dlm atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neutron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutron-neutron loglog neutron-neutronGeologiTiadaSalah satu keluk log neutron yang mengukur kelimpahan neutron bagi suatu julat tenaga diskret.
neutron-neutron reactiontindak balas neutron-neutronKejuruteraanTiadaTindak balas di antara neutron dengan nukleus sasaran yang menghasilkan dua pancaran neutron.
neutron-fast neutron loglog neutron neutron-pantasKejuruteraanTiadaTiada
prompt neutronneutron serta-mertaKejuruteraanTiadaNeutron-neutron yang dilepaskan semasa pembelahan-pembelahan utama, dengan lengah sifar.
epithermal neutronneutron epitermaKejuruteraanPetroleumSinonim : neutron lambat Neutron yang bertahap tenaga lebih tinggi sedikit daripada tahap tenaga neutron terma, iaitu sekitar 0.025 eV hingga 100 eV. Neutron ini disebut juga neutron lambat.
multigroup theoryteori berbilang kumpulanKejuruteraanTiadaTeori angkutan neutron yang neutron-neutron terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan tenaga.
neutron leakage spectrumspektrum neutron bocorKejuruteraanTiadaTaburan tenaga daripada neutron-neutron yang meninggalkan teras reaktor.
intermediate neutronneutron pertengahanKejuruteraanTiadaNeutron yang bertenaga di antara neutron epiterma dan neutron cepat.
neutron loglog neutronKejuruteraanPetroleumRekos berbentuk graf mengenai nilai keporosan formasi (dinyatakan dalam %) yang didapatkan daripada proses pengelogan neutron yang diplot terhadap kedalaman. nilai keporosan ini adalah nilai yang diukur oleh sondi neutron, hasil pengesanannya terhadap keamatan neutron terma yang hadir dalam formasi. Formasi mulanya ditembak dengan neutron laju. neutron itu akan mengalami kehilangan tenaga apabila berlanggar dengan nukleus ataom lain lalu menjadi lemah sehingga mencapai tahap tenaga neutron terma. Atom hidrogen adalah atom yang paling berkesan, dapat menyebabkan neutron laju menjadi neutron terma. Oleh itu keamatan neutron terma berkadar terus dengan banyaknya atom hidrogen dalam formasi dan seterusnya ini dapat ditrjemahkan sebagai berkadar terus dengan keporosan formasi. LIHAT: log neutron terpampas
charge independenceketaksandaran casKejuruteraanTiadaHipotesis yang menyatakan semua daya neutron-proton, proton-proton dan neutron-neutron adalah sama bagi keadaan spin yang sama apabila bahagian-bahagian yang bersaling tindak telah ditolakkan.
12345678910...

Kembali ke atas