Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata new year


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan. Apakah terjemahan bagi slogan di bawah. NEW YEAR, NEW YOU Terima kasih.Berikut merupakan beberapa padanan bahasa Melayu untuk "New Year, New You":
1. Tahun Baharu, Gaya Baharu
2. Tahun Baharu, Rupa Baharu

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang.
Makna08.12.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi "new year" dalam bahasa melayu? "tahun hadapan" atau tahun depan?" Terima kasih.

Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud New Year ialah Tahun Baharu.


Penyemakan dan penterjemahan15.03.2021
yang mana betul 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina 2. Jawaban atau jawapan 3. Ahmad melangkah atau melangkahi longkang 4.Tolong gerakkan atau gerak akan jari anda 5. Murid itu ketiduran atau tidur dahulu sebelum membaca buku

1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina - kedua-duanya betul kerana kata baru atau baharu adalah terjemahan kata new (chinese new year) dalam bahasa Melayu

2. Jawaban atau jawapan - kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Ayat yang betul ialah: 3. Ahmad melangkahi longkang; 4.Tolong gerakkan jari anda; dan 5. Murid itu ketiduran/tidur dahulu sebelum membaca buku. - ketiduran dan tidur, kedua-duanya betul mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa31.01.2011
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira:  the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja.Makna07.09.2012
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi ayat berikut: A key aspiration of retail banking in the last financial year was to build new customer value segment proposition for small business. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk value segment proposition?Untuk makluman tuan kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan tuan, maka tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami salinan terjemahan untuk kami bantu menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2015
Malaysian public service started to use competency-based human resource practices at the end of year 2002 as the response to increase the level of service quality. In Malaysian public service, out of six competency-based human resource practices, only five practices were implemented. They were recruitment and selection, training and development, career development, performance management and reward. From 300 copies of questionnaire distributed using simple random technique, 140 were useable. The data was analyzed further using factor analysis and it was found out that training and development items had combined with a reward practice. This new dimension was labeled as organizational development. Others remain the same dimensions. It was also found out that competency-based performance management, organizational development and career development were practiced to a high extent. Meanwhile, competency-based reward and recruitment and selection were practiced to a moderate extent.Harap maaf, apakah persoalan yang ingin dikemukakan? Mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain25.06.2010

Kembali ke atas