Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : tidak enak pendengaran (kerana men­dengar besi dikikir dll), tidak enak perasaan (kerana gigi dikikir dll), singkil; ~-~ kuku agak panas (air), suam-suam kuku; mengilukan menyebabkan menjadi ngilu; kengiluan 1. perihal ngilu; 2. berasa ngilu: gigiku mengancing ~ apabila terdengar bunyi gerudi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ngi.lu] | ڠيلو

Definisi : berasa tidak enak pd pendengaran kerana mendengar sesuatu (spt men­dengar besi dikikir); berasa tidak enak pd perasaan, gigi, tulang dll (kerana memakan sesuatu yg masam dll): Gigi saya terasa ~ setelah memakan buah itu. kengiluan 1 keadaan atau hal ngilu. 2 berasa ngilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ngilu (adjektif)
Bersinonim dengan nyilu, singkil, linu, silu, seriau;,
Kata Terbitan : kengiluan,

Puisi
 

Kenak apa giginya ngilu,
     Bawa memakan bawa marudik;
Kenak nan apa hati nan pilu,
     Bawa memandang si emak sumbik.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Dipukul lutut sakit,
     direngkuh siku ngilu.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fluoride varnishvarnis berfluoridaPergigianTiadaBahan kimia dalam bentuk cecair pekat yang disapu pada permukaan gigi untuk mengurangkan rasa ngilu yang dialami oleh gigi. Varnis ini juga terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit ion fluorida. Ion fluorida yang terkandung dalam cecair tersebut akan diserap oleh gigi dan menjalani proses remineralisasi untuk menghilangkan rasa ngilu.
cotton citronlimau kapasHerbaFitoterapiSalah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica). Daunnya boleh dijadikan ubat pupuk untuk sakit ngilu kepala, iaitu sakit kepala yang teruk.
test cavitykaviti ujianPergigianTiadaProsedur untuk menguji kevitalan gigi yang melibatkan penggerudian di kawasan servikal gigi sedalam 1.0 mm-2.0 mm. Gigi yang vital akan terasa ngilu terhadap ujian ini.
tooth sloothalat slooth gigiPergigianTiadaAlat yang berbentuk seakan-akan berus gigi tetapi mempunyai hujung yang keras dan digunakan untuk menguji status keretakan gigi. Alat ini diletakkan pada permukaan gigi yang hendak diuji dan pesakit perlu menggigitnya. Gigi yang mengalami keretakan akan terasa ngilu semasa prosedur ini dilakukan.
heat testujian habaPergigianTiadaUjian yang dijalankan pada gigi bagi menguji daya fungsi gigi terhadap rangsangan terma, sama ada vital atau tidak vital. Ujian ini dilakukan dengan menyentuh gigi dengan getah perca yang telah dipanaskan. Gigi yang vital akan memberi tindak balas (rasa panas atau ngilu) kepada ujian ini.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.
cold testujian sejukPergigianTiadaUjian yang dijalankan pada gigi bagi menguji daya fungsi gigi terhadap rangsangan terma sama ada vital atau tidak vital. Ujian ini dilakukan dengan menyentuh gigi itu dengan gentelan kapas yang telah disembur dengan bahan kimia yang sejuk iaitu etil klorida. Gigi yang vital akan memberi tindak balas (rasa sejuk/ngilu) kepada ujian ini.

Kembali ke atas