Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.kel] | نيکل

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg berwarna putih keperakan, mulur, tahan kakisan, dan di­gunakan utk membuat aloi, duit syiling, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.kel] | نيکل

Definisi : logam yg warnanya spt warna perak dan digunakan sbg campuran dlm berbagai-bagai pancalogam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mond processproses MondKimiaTiadaProses pengekstrakan nikel daripada campuran bijih nikel. Campuran bijih dipanaskan pada suhu 50 - 80°C untuk menghasilkan nikel karbonil. Nikel karbonil kemudian terurai kepada nikel tulen apabila dipanaskan.
nickel poisoningkeracunan nikelKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada logam nikel, biasanya terdapat pada barang perhiasan, rantai jam, dan wang syiling dan juga sebatian nikel. Had pendedahan kepada logam nikel ialah 1 ppm dan kepada sebatian nikel ialah 0.1 mg/m3. Gejala keracunan logam nikel termasuk pemekaan kulit dengan gatal-gatal, dermatitis dan asma, manakala keracunan sebatian nikel boleh mengakibatkan sinus hidung dan kanser paru-paru.
Rufert granulesbutiran RufertKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin nikel atau nikel Raney dalam bentuk butiran yang digunakan dalam proses penghidrogenan minyak makan biasa dan dipraturunkan dan distabilkan di dalam lemak yang telah dihidrogenkan.
Raney nickelnikel RaneyKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin yang dinamakan sempena Murray Raney yang mempatenkan kaedah penyediaan mangkin nikel untuk proses penghidrogenan. Mangkin ini disediakan daripada 50% nikel dan 50% aluminium yang ditindakbalaskan dengan 20% larutan natrium hidroksida, yang akan meninggalkan mangkin nikel yang berongga. Untuk keaktifan dan kestabilan yang tinggi, sedikit aluminium ditinggalkan sebagai hidrat. Mangkin ini berkeluasan permukaan antara 80 � 100 meter persegi per gram.
nickel platingpenyaduran nikelKimiaTiadaPengendapan logam nikel secara elektrolisis pada permukaan logam lain. Penyaduran nikel menghasilkan permukaan yang tahan kakis.
monelmonelKejuruteraanKejuruteraan KimiaAloi nikel yang terdiri daripada 67% nikel dan 30% kuprum. Aloi ini lebih kuat dan tahan kakis daripada nikel dan kuprum tulen.
SS 300 seriesSS siri 300KejuruteraanKejuruteraan KimiaKeluli tahan karat dengan kandungan kromium dan nikel yang tinggi. Jika digit kedua 0, kandungan nikel < 10% dan jika 1, kandungan nikel > 10%.
nickel silverperak nikelTeknikElektrikAloi zink, kuprum, dan nikel. Bahan ini digunakan sebagai unsur dawai perintang. Nama lain bahan ini ialah perak Jerman.
nickel platingpenyaduran nikelKesenianTiadaProses menyadur benda kerja dengan nikel.
nickel steelkeluli nikelKimiaTiadaKeluli yang mengandungi sehingga 6% nikel.
12345678910...

Kembali ke atas