Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan ke­ma­sya­rakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, ke­reda­an-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. penilaian per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)