Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan ke­ma­sya­rakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, ke­reda­an-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. penilaian per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
julatrangePerbezaan antara nilai terbesar dengan terkecil dalam satu set data. Rumus julat: julat = nilai terbesar – nilai terkecil, atau: nilai maksimum – nilai minimum. Lihat ContohSekolah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat 6 dalam 6934 ialah ribu dan nilai tempat 5 dalam 523 089 ialah ratus ribu.Menengah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat bagi digit 6 dalam nombor 6934 ialah ribu, dan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 523 089 ialah ratus ribu.Menengah Atas
nilai kebenarantruth valueNilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu.Menengah Atas
nilai digitdigit valueNilai bagi digit berdasarkan kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai digit 7 dalam 4571 ialah 70.Menengah Atas
nilai digitdigit valueNilai bagi digit berdasarkan kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai digit 7 dalam 4571 ialah 70.Menengah Rendah
kira hampirapproximateNilai yang bukan nilai sebenar tetapi sangat hampir dengan nilai tersebut, dan boleh diterima. Lihat ContohSekolah Rendah
pembundaranround offPerbuatan menyatakan sesuatu nilai kepada nilai terdekat. Contohnya, 228 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 230 dan 23.3578 dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan ialah 23.36.Menengah Atas
nilai optimumoptimum valueNilai minimum atau maksimum yang menjurus kepada kesudahan yang dikehendaki.Menengah Atas
nilai berangkanumerical valueNilai yang dinyatakan dalam bentuk nombor.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas