Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIPAH

NIPAH, sejenis pokok tropika daripada keluarga palma yang biasa tumbuh dan ditanam di pinggir sungai yang berlumpur khususnya di muara. Daun nipah yang berlidi tersusun di kedua-dua belah pelepah yang panjangnya lebih kurang 430 cm. Di Malaysia, pokok nipah merupakan pokok serba guna. Penduduk tempatan menggunakan semua bahagian pokok, iaitu daun, buah, akar, umbut dan nira untuk kegunaan persendirian dan komersil.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam
NIRANIRA, jus mayang pokok palma yang disadap seperti kelapa, enau atau nipah. Nira merupakan minuman tradisional yang popular terutama di kawasan yang terdapat banyak pokok kelapa, enau atau nipah. Di Kelantan dan Terengganu, jus ini disebut tuak.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam
TUAK

TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah.

BUDAYAKonsep
M. DAUD KILAU

M. DAUD KILAU, Dato’ (1938 –       ), penyanyi. Dia lahir pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datok, Perak. Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Lima di Sekolah Melayu Sungai Nipah Baroh, Pagoh, Perak.

BUDAYATokoh
MUSA MOHAMAD, DATUK

MUSA MOHAMAD, Datuk (1943-     ), Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Dia lahir pada 29 November 1943 di Sungai Nipah, Bagan Datoh, Perak. Musa mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Simpang Tiga (1949-1951), Sekolah Inggeris Kerajaan Sungai Sumun (1949-1951), Sekolah Clifford (1958-1959) dan seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (1960-1961). Pada tahun 1962, dia melanjutkan pelajarannya di University of Singapore sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Farmasi.

  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas