Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah nipah di tepi pantai, Disebut orang buah tembatu; Sudah kurapah teluk dan pantai, Adik menghilang tiada bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Simpan piting dengan cawan, Daun nipah tudung sarang; Sudah nasib diriku tuan, Duduk seorang selalu terkenang.Pantun Melayu SarawakKasih
Buah pinang dalam celepa, Buah nipah dibuat pengat; Tuan senang jangan lupa, Sudah susah baru beringat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau kita sampai ke hulu, Mari kita menetak nipah; Apa guna jumpa ibu, Yang kadi inilah ayah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas