Kurik Kundi Merah Saga | Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pinang dalam celepa, Buah nipah dibuat pengat; Tuan senang jangan lupa, Sudah susah baru beringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kita sampai ke hulu, Mari kita menetak nipah; Apa guna jumpa ibu, Yang kadi inilah ayah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu. |