Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.
Kurik Kundi Merah SagaTetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang dalam celepa, Buah nipah dibuat pengat; Tuan senang jangan lupa, Sudah susah baru beringat.
Kurik Kundi Merah SagaDinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau kita sampai ke hulu, Mari kita menetak nipah; Apa guna jumpa ibu, Yang kadi inilah ayah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.

Kembali ke atas