Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thatchatap nipahKejuruteraanKejuruteraan Bangunanatap daripada daun-daun nipah yang dianyam dan diikat kemas supaya menjadi kalis tiris.
mangrove crabketam nipahPerikananTiadaTiada
thatchatapLandskapTiadaBumbung yang diperbuat daripada daun nipah, daun kelapa, daun rumbia atau jerami.
kebungankebunganKesenianTiadaBahagian dalam terendak atau seraung dibuat daripada mengkuang, nipah, pandan dan lain-lain untuk dipakai di kepala.
tuaktuakMakanan dan PemakananTeknologi MakananMinuman beralkohol yang diperoleh daripada penapaian nira yang didapati daripada pokok nipah atau kelapa. Ia mengandungi antara 710% alkohol.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.

Kembali ke atas