Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : ; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : sj ikan laut, Opisthopterus tardoore. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal; tipis: Bajunya dibuat drpd kain ~. menipis menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. menipiskan menjadikan (se­suatu) nipis: Getah yg sudah beku itu dike­luarkan dr takung dan dinipiskan dgn mesin tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nipis kulitnipis kulitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Memecylon spp. daripada famili Melastomaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah delek tembaga. Spesies utamanya termasuk memecylon pubescens. Gubal kayu nipis kulit biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan, boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, tidak tahan tetapi bahagian gubal kayunya mudah diawet. kayuu nipis kulit bersaiz kecil dan digunakan sebagai kayu jaras.
plylapisKejuruteraanTiadaKepingan nipis bahan yang terikat pada satu atau lebih kepingan nipis lain, misalnya kepingan nipis kayu yang membentuk kayu lapis.
pisau nipispisau nipisKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk membuang sisi-sisa ikatan yang berlebihan atau membelah rotan kecil.
filmfilemPerubatanTiada1. Lapisan nipis. 2. Lapisan nipis bahan yang peka terhadap cahaya dan digunakan dalam fotografi dan radiografi.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis.
bioautographybioautografiHerbaFitokimiaKaedah untuk mengesan dengan tepat juzuk aktif secara terus berasaskan kromatografi lapisan nipis. Kromatografi lapisan nipis dilakukan terlebih dahulu ke atas sampel yang hendak dikaji. Kromatogram yang terhasil dirawat secara khusus bagi memperlihatkan bintik-bintik yang menunjukkan terdapatnya aktiviti biologi yang sedang diuji. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penentuan komponen antikulat dalam sesuatu ekstrak tumbuhan melalui rawatan khusus yang melibatkan penyemburan kromatogram dengan kulat seperti Cladosporium cucumerinum. Juzuk yang aktif akan timbul sebagai bintik yang jelas pada latar belakang spora kulat yang berwarna gelap.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultraungu atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan.
thin layer chromatographykromatografi lapisan nipisFarmasiTiadaKaedah kromatografi bahan larut berdasarkan perbezaan migrasi atau pergerakannya di atas zat terjerap pada lapisan nipis di atas kaca, plastik, atau lapisan nipis yang lain.
lamellalamelaPerubatanTiada1. Lapisan tisu yang nipis, misalnya lamela tulang. 2. Cakera bergelatin yang nipis dan mengandungi ubat yang digunakan untuk mengubati mata. Cakera ini diletakkan di atas biji mata dan gelatin nipis tersebut akan melarut lalu membebaskan ubat untuk diserap.
centrifugal thin layer chromatography)kromatografi lapisan nipis emparanHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang diubah suai daripada kromatografi lapisan tipis. Kaedah ini berasaskan gerakan eluen yang didorong oleh daya emparan di samping tindakan kapilari. Kromatografi lapisan nipis emparan menggunakan sekeping lapisan nipis yang disokong oleh kepingan kaca bulat. Kepingan tersebut diletakkan pada rotor dan diputarkan untuk menghasilkan daya emparan. Sampel diaplikasikan pada bahagian tengah kepingan kaca dan pelarut dilalukan dengan menggunakan pam atau graviti. Sebatian terpisah dalam bentuk jalur bulat boleh dikumpul melalui lelehan keluar alat tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas