Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nis.bah] | نيسبه

Definisi : Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nis.bah] | نيسبه

Definisi : perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nis.bah] | نيسبه

Definisi : perbandingan ukuran (nilaian dll) dgn sesuatu yg lain; perimbangan; kadar: ~ 1:5 sama dgn 20:100. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nisbah (kata nama)
Bersinonim dengan perbandingan, perimbangan, kadar, nilai, skala.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rintanganresistanceNisbah beza keupayaan merentasi sesuatu komponen elektrik kepada arus yang mengalir melaluinya.Menengah Atas
pembesaranmagnificationNisbah saiz imej kepada saiz objek atau panjang imej kepada panjang objek.Menengah Atas
kecekapanefficiencyPeratus nisbah tenaga atau kuasa output kepada tenaga atau kuasa input.Menengah Atas
indeks biasanrefractive indexNisbah laju cahaya di dalam vakum terhadap laju fasa cahaya di dalam medium.Menengah Atas
kecekapan tenagaenergy efficiencyPerihal nisbah penukaran tenaga antara tenaga output dengan tenaga input penukaran tenaga.Menengah Rendah
kekilauanluminosityKecerahan sumber cahaya yang diukur sebagai nisbah fluks cahaya kepada fluks sinaran, pada panjang gelombang tertentu.Menengah Atas
malnutrisimalnutritionKetakseimbangan nutrisi, sama ada dari segi kuantiti berlebihan atau berkurangan atau nisbah yang tidak mencukupi untuk tempoh masa yang panjang.Menengah Atas
diet seimbangbalanced dietKomposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu.Menengah Rendah
dalam ketaraapparent depthUkuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut.Menengah Atas

Kembali ke atas