Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.trat] | نيترت

Definisi : (Kim) sebatian yg mengandungi nitrogen dan oksigen dan digunakan sbg baja dlm aktiviti pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.trat] | نيترت

Definisi : ist garam yg terjadi sbg hasil drpd tindakan asid nitrik ke atas sebarang alkali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM 
SALTPETRE

Saltpetre, juga dinamakan niter , ialah mineral

yang dikenali oleh ahli kimia sebagai kalium nitrat

(KNO3). Ia wujud dalam gua batu kapur. Industri

menggunakan saltpetre untuk membuat mancis,

serbuk bedil, bahan letupan dan baja. Ahli kimia

menggunakannya sebagai reagen dalam kimia

analitikal. Saltpetre juga digunakan sebagai

pengoksida dalam bahan pendorong bahan api

roket.

UMUM 
SPA

Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan

mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa

menjadi popular semasa pemerintahan Rom.

Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air

garam yang terkandung dalam air spa dapat

menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom

telah membina tempat mandi di Bath dan St.

Albans di England.

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 

Kembali ke atas