Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : (Kim) sj unsur gas yg tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula jadi dlm at­mos­fera (sebanyak 78%) dan digunakan dlm pem­buatan ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dll; dioksida sj gas yg berwarna perang dan baunya menusuk hidung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : ist gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan mem­ben­tuk ham­pir drpd semua gas dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrogen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “total nitrogen”? Sebagai contoh seperti dalam peruntukan di bawah ini— “ (b) shall contain not less than— (i) 0.6 per cent weight per volume of total nitrogen; and (ii) 7 per cent salt. (b) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada— (i) 0.6 peratus berat bagi setiap isipadu nitrogen total; dan (ii) 7 peratus garam.” Adakah padanannya ialah “jumlah nitrogen”, “nitrogen total” atau adakah ada padanan yang lain.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, istilah total nitrogen boleh dipadankan dengan nitrogen total atau nitrogen penuh dalam bahasa Melayu.Istilah07.07.2021
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas