Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : (Kim) sj unsur gas yg tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula jadi dlm at­mos­fera (sebanyak 78%) dan digunakan dlm pem­buatan ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dll; dioksida sj gas yg berwarna perang dan baunya menusuk hidung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : ist gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan mem­ben­tuk ham­pir drpd semua gas dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrogen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nitrogennitrogenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N.Menengah Rendah
pengikatan nitrogennitrogen fixationProses pengikatan gas nitrogen oleh bakteria (Rhizobium sp.) dalam nodul akar tumbuhan yang menukarkannya kepada bentuk sebatian nitrat.Menengah Atas
pendenitratandenitrificationProses mengubah nitrat kepada bentuk gas nitrogen, yang dilakukan secara semula jadi oleh kebanyakan mikroorganisma.Menengah Atas
komponencomponentBahagian yang membentuk sesuatu bahan atau sistem. Contohnya, nitrogen merupakan komponen penting bagi protein.Menengah Rendah
atmosferaatmosphereLapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahSekolah Rendah
hujan asidacid rainHujan yang terbentuk apabila gas sulfur dioksida, karbon oksida dan nitrogen dioksida terlarut di dalamnya.Menengah Atas
proteinproteinSebatian organik yang terdapat dalam organisma hidup yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen, nitrogen serta sulfur. Protein berfungsi sebagai enzim, hormon, membaiki tisu badan yang rosak dan pertumbuhan.Menengah Rendah
minyak mentahcrude oilCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar.Menengah Rendah
autotrofautotrophOrganisma yang membina makanannya sendiri dengan menggunakan bahan tak organik yang ringkas, seperti karbon dioksida, nitrogen, dan hidrogen sulfida. Contohnya, fototrof, tumbuhan hijau, yang menggunakan sumber tenaga matahari, dan kemotrof.Menengah Atas
kesan rumah hijaugreen house effectKesan yang berlaku dalam atmosfera disebabkan kehadiran sesetengah gas seperti karbon dioksida dan oksida nitrogen yang menyerap radiasi inframerah.Menengah Atas
12

Kembali ke atas