Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : (Kim) sj unsur gas yg tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula jadi dlm at­mos­fera (sebanyak 78%) dan digunakan dlm pem­buatan ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dll; dioksida sj gas yg berwarna perang dan baunya menusuk hidung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.tro.gen] | نيتروݢن

Definisi : ist gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan mem­ben­tuk ham­pir drpd semua gas dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nitrogen key pollutantspencemar utama nitrogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur nitrogen. Misalnya, ammonia (NH3), nitrogen oksida (NO), dan nitrogen dioksida (NO2). Pencemar nitrogen oksida berpunca daripada pengoksidaan bersuhu tinggi dan industri pembuatan asid nitrik, manakala pencemar nitrogen dioksida berpunca daripada industri pembuatan asid nitrik, proses penitratan, dan pengoksidaan bersuhu tinggi.
Kjeldahl nitrogennitrogen Kjeldahl jumlahKejuruteraanTiadaJumlah antara campuran nitrogen ammonia dengan nitrogen organik tak oksida.
nitrogen fixationpenetapan nitrogenKimiaTiadaPenukaran nitrogen yang terdapat dalam udara kepada sebatian bernitrogen melalui tindakan mikroorganisma tanah atau tindakan kilat. Mikroorganisma tanah, seperti Rhizobium yang terdapat di dalam akar kekacang, menukarkan nitrogen kepada garam nitrit dan nitrat, manakala kilat menukarkan nitrogen kepada nitrogen oksida yang larut di dalam air hujan untuk membentuk asid nitrus dan asid nitrik. Penetapan nitrogen juga boleh dilakukan secara industri melalui penggabungan kalsium karbida dengan nitrogen untuk menghasilkan ammonia.
total Kjeldahl nitrogennitrogen Kjeldahl jumlahKejuruteraanTiadaJumlah antara campuran nitrogen ammonia dengan nitrogen organik tak oksida.
fixed nitrogennitrogen tetapKimiaTiadaSebatian nitrogen yang terhasil daripada gas nitrogen dalam udara.
endogenous nitrogennitrogen endogenVeterinarTiadaNitrogen yang berasal dari tubuh haiwan atau nitrogen yang bukan berasal dari makanan. Dalam najis, bahan ini terdiri daripada sel-sel mati dari permukaan usus, bakteria dan protozoa serta enzim-enzim yang tidak dapat diserap.
nitrogennitrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 15) jadual berkala, simbol N, nombor atom 7, berat atom 14.0, nombor pengoksidaan -3, +2, +3, +4, dan +5, takat beku -210°C, takat didih ‑195.5°C, berbentuk gas dwiatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar dan tidak membantu pembakaran, tidak reaktif, dan terdapat dua isotop, iaitu N-14 dan N-15. Hampir 78% kandungan udara terdiri daripada gas nitrogen. Nitrogen diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair atau secara penguraian terma azida. Gas ini digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan juga sebagai bahan penyejuk dan pengantioksida.
nitrogen balancekeseimbangan nitrogenVeterinarTiadaTahap pengambilan nitrogen dan perkumuhannya pada ternakan. Keseimbangan positif menunjukkan nitrogen disimpan dalam badan untuk aktiviti pengeluaran seperti pertumbuhan, kebuntingan serta penghasilan susu dan telur. Dalam keadaan keseimbangan positif, nitrogen dalam makanan diserap untuk menjalankan metabolisme protein dan lebihannya dikumuhkan. Dalam keadaan keseimbangan negatif pula, simpanan nitrogen dalam otot dan organ lain akan dibebaskan untuk menjalankan proses hidup seperti pembentukan sel darah, hormon dan enzim. Walau bagaimanapun, dalam hal ini terdapat juga nitrogen endogen yang dikumuhkan melalui air kencing, najis dan peluh.
nitrogen fixationpengikatan nitrogenBiologiEkologiPenurunan nitrogen udara kepada nitrogen sel oleh mikroorganisma.
nitrogen fixationpengikatan nitrogenBioteknologiTiadaPerubahan nitrogen atmosfera menjadi sebatian nitrogen, seperti ammonia dan nitrat oleh beberapa kumpulan organisma. Keperluan pengikatan adalah disebabkan oleh adanya enzim nitrogenase, agen penurun yang kuat (NADH, NADPH, feredoksin terturun, flavodoksin), sumber tenaga (ATP, Mg2+) dan aras oksigen yang menghampiri sifar.
12345678910...

Kembali ke atas