Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.mad] | نومد

Definisi : 1. suku kaum yg berpindah-pindah dr satu tempat ke tempat lain utk mencari padang ternak, makanan, dsb; 2. orang yg suka berpindah dr satu tempat ke tempat lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.mad] | نومد

Definisi : kaum yg selalu berpindah dr satu tempat ke tempat lain (terutamanya di kawasan padang pasir). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nomad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini?Ayat "Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad." adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019

Kembali ke atas