Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
+ x - [bahagi] dan nombor-nombor dasar 2Baharin ShamsudinDewan Siswa1 April 1979
Gelora MCA nombor Satu Lwn Nombor 2Mark KingDewan Masyarakat1 February 2009
Nombor dan angkaAli YaakubDewan Siswa1 July 1981
Nombor negatif: mengapa -(-2) menjadi +2Baharin ShamsudinDewan Siswa1 August 1979
Nombor SatuRozita BaharudinDewan Siswa1 June 1979
Nombor negatifBaharin ShamsudinDewan Siswa1 June 1979
Nombor negatifBaharin ShamsudinDewan Siswa1 July 1979
Nombor di petak tengahAli YaakobDewan Siswa1 August 1980
Nombor negatifBaharin ShamsudinDewan Siswa1 May 1979
Nombor negatifBaharin ShamsudinDewan Siswa1 September 1979
123

Kembali ke atas