Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9.Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9.Tatabahasa29.07.2019
Tuan, Bagaimanakah kaedah yang betul untuk memasukkan nombor dalam ayat. kebiasaannya saya akan menggunakan seperti berikut: ....dua (2) unit rumah kedai.... .... 12 unit rumah kedai... iaitu perkataan disusuli nombor dalam kurungan bagi nombor satu digit, manakala nombor sahaja bagi nombor dua digit ke atas.Cara menulis nombor seperti yang saudara lakukan adalah betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja.Tatabahasa26.07.2011
beberapa perkataan tiada dalam kamus: 1. binari "binari" tidak terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat. adakah perkataan ini tidak diterima sebagai perkataan bahasa melayu? Cth: "nombor-nombor binari" 2. hubaya dalam kamus dewan, terdapat "hubaya-hubaya" sebagai kata dasar. jika "hubaya" sahaja tanpa kata gandanya, adakah dikira satu perkataan bermakna?1. Dalam bahasa Melayu disebut nombor binar atau perduaan.  2. Hubaya-hubaya ialah kata yang betul dan membawa makna.Lain-lain13.02.2009
Mana satukah ayat berikut adalah betul? 1) Nombor itu didarab dengan sendiri dua kali 2) Nombor itu didarab dengan nombor yang sama dua kali Adakah "sendiri" digunakan dalam konteks manusia sahaja? Terima kasih.Ayat kedua adalah yang gramatis - Nombor itu didarab dengan nombor yang sama dua kali.  kata sendiri seperti dalam ayat pertama tidak sesuai dengan konteks ayat yang digunakan kerana sendiri bermaksud seorang diri atau tidak berkaitan dengan orang lain. Kata sendiri digunakan dalam konteks manusia.Tatabahasa01.03.2011
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaranNombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas.Makna18.05.2011
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
Dalam penomboran, bagi nombor tunggal seperti 1,2,3.....perlu atau tidak untuk meletakkan nombor 0 di hadapannya. Contoh 01 Ogos 2023 atau 1 Ogos 2023?Nombor kosong (0) tidak perlu diletakkan di hadapan nombor satu digit atau nombor berikutnya.  Tatabahasa20.08.2023
Apakah cara penulisan nombor dalam ayat BM. Biasanya saya menulis " satu (1) kertas kerja", " dua puluh (20) kertas kerja". Penulisan Bahasa Inggeris ada peraturan bagaimana untuk menulis nombor 0-9 dan nombor dua digit contohnya, "I bought eight candy bars from the vending machine. I average eating 29 candy bars per month." Terima kasih.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Frasa yang betul ialah "satu kertas kerja", " 20 kertas kerja".Tatabahasa04.03.2015
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah ‘tracking number’? Nombor carian atau nombor pengesan?Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

tracking number - nombor jejakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain31.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas