Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.ta] | نوتا

Definisi : 1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi: kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu; ~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota (catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg menge­sahkan urus niaga telah dijalankan, yg me­ngandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan pd jidar luar dan jidar dalam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.ta] | نوتا

Definisi : 1 surat keterangan yg rasmi; surat rasmi (drpd duta kpd pemerintah dll). 2 surat peringatan (amaran dll); catatan. 3 catatan bertulis yg digunakan utk rujukan: ~ kuliah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mencari nota-nota yang berkaitan dengan pelajaran stpm iaitu perkembangan melayu moden dan unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa melayu.Dimanakah laman-laman web yang boleh saya layari jika inginkan nota-nota bahasa melayu stpm selain dari dbp.gov sendiri?Saudara boleh melayari laman web Kumpulan Maktab Adabi gaya Pos yang sering membincangkan soalan pada peringkat STPM.T.Kasih  Lain-lain28.06.2008
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
saya ingin tahu sama ada saya boleh mendapat nota-nota berkenanaan dengan pengunaan bahasa dengan betul

Saudara Guana,

Untuk mendapat nota atau maklumat tentang penggunaan bahasa yang betul saudara perlu memiliki buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana kedai buku di tempat saudara.   

Lain-lain04.08.2009
Mencatat nota ( di, pada ) buku nota.Mencatat nota pada buku nota.Tatabahasa17.10.2017
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. AidahSalam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah
Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan.  DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan.
Makna31.12.2013
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan.b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan.Tatabahasa21.08.2014
Selamat petang Macam mana hendak membezakan imbuhan me-...-i dan me-...-kan? Saya mendapati bahawa contoh ayat dalam kamus dewan dan pelita bahasa berbeza kegunaannya. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis? a. Dia pula tidak sepi drpd meminjamkan beras atau wang kpd tetangganya. (Kamus Dewan) b. Usahawan itu meminjamkan Ah Long wang. (Pelita bahasa) Selepas imbuhan me-...-kan, perlu diikuti dengan objek yang bernyawa atau tidak? Dalam pelita bahasa juga mencatatkan ayat "Usahawan itu meminjamkan wang daripada Ah Long" tidak gramatis. Jadi, ayat yang berikut yang manakah gramatis? a.) Ali meminjamkan Ravi nota-nota kuliah. atau b.) Ali meminjamkan nota-nota kuliah kepada Ravi. Sekian, terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 1212), maksud 'meminjamkan' ialah memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam. Daripada contoh ayat yang dibertikan, ayat yang gramatis ialah meminjamkan wang atau meminjamkan nota. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 190 - 217.

Tatabahasa03.06.2010
maksud notabidaiNota bidai ialah nota yang berada di sebelah kiri dan kanan.Lain-lain24.07.2007
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
12345678910...

Kembali ke atas