Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.ta] | نوتا

Definisi : 1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi: kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu; ~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota (catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg menge­sahkan urus niaga telah dijalankan, yg me­ngandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan pd jidar luar dan jidar dalam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.ta] | نوتا

Definisi : 1 surat keterangan yg rasmi; surat rasmi (drpd duta kpd pemerintah dll). 2 surat peringatan (amaran dll); catatan. 3 catatan bertulis yg digunakan utk rujukan: ~ kuliah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appendiceslampiranPerpustakaanTiadaPerkara yang dimuatkan pada bahagian akhir teks sebuah buku yang mengandungi nota-nota yang panjang untuk nota kaki, statistik atau butiran lain yang tidak mencukupi ruang untuk dimuatkan di dalam badan buku.
addendatambahanPerpustakaanTiada1. Maklumat yang tertera pada bahagian awal atau akhir teks, yang terdiri daripada nota-nota yang terlalu panjang untuk nota kaki, sifir, statistik, atau butiran lain yang tidak dapat dimuatkan di dalam kandungan buku. 2. Slip yang dilampirkan pada buku yang dicetak.
association booknaskah pertalianPerpustakaanTiadaNaskhah yang mempunyai inskripsi autograf atau nota-nota oleh pengarang atau yang berkaitan rapat dengan orang terkenal yang memilikinya, atau kepunyaan seseorang yang berkaitan dengan kandungan buku tersebut.
end notenota belakangPentadbiran PerniagaanTiadaNota belakang: Nota keterangan dan rujukan yang ditaip di halaman akhir.
bibliographical notecatatan bibliografiPerpustakaanTiada1. Nota, biasanya nota kaki yang mengandungi rujukan sesuatu karya.,2. Nota di dalam katalog atau bibliografi yang berkaitan dengan sejarah bibliografi, atau memerikan sebuah buku.
bibliography notecatatan bibliografiPerpustakaanTiada1. Nota, biasanya nota kaki yang mengandungi rujukan kepada sesuatu karya.,2. Nota di dalam katalog atau bibliografi yang berkaitan dengan sejarah bibliografi, atau memerikan sesebuah buku.
commentaryulasanPerpustakaanTiada1. Nota keterangan atau nota kritikal yang berkaitan dengan Akta Parlimen, teks sastera atau karya yang lain yang dihasilkan beserta teks atau secara berasingan.,2.. Skrip yang dibacakan di dalam filem, pita video, atau persembahan slaid atau pita.
protest notesurat protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan protes yang dijalankan dalam bentuk nota atau surat. Nota ini akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti oleh individu, kumpulan atau organisasi sebagai membantah suatu dasar yang dilaksanakan oleh badan tersebut. Surat protes ini menyatakan sebab-sebab bantahan dan memaklumkan kehendak mereka. Surat ini boleh diserahkan melalui pos atau dengan tangan secara beramai-ramai kepada pihak berkenaan. Contohnya, nota yang diserahkan oleh ABIM kepada kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan mereka terhadap tindakan tentera negara tersebut menyerang Iraq pada tahun 2003.
bank notewang kertas bank; nota bankPentadbiran PerniagaanTiadaWang yang dicetak oleh bank pusat sesebuah negara, berupa nota janji yang mempunyai nilai seperti yang tercatat di atas nota tersebut.
nota cambiata (It)not berubahKesenianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas