Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki

1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai.

2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut:

a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip.

b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em.

c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks.

d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm.

e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em.

f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya.

Ejaan19.09.2011
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah?Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri.

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP.

Lain-lain11.03.2008
Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargaiDalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson.Lain-lain08.01.2020
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih.

Saudara Ronil,

bibliografi ditulis mengikut kaedah ini:

  i.  Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma.

 ii.  Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

iii.   Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

 iv.  Jilid, diikuti dengan tanda noktah.

 v.   Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah.

 vi.  Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih.

 vii.  Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

viii.  Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.

 ix.  Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah.

  x.  Kata singkatan "dlm." dan "hlm." .

 xi.  Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

xii.  Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.  Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. 

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. 

 

Lain-lain04.03.2010
Dalam Kamus Dewan edisi ke-empat, perkataan "dominasi" boleh dicari dalam muka surat ke-berapa? Muka surat diperlukan untuk dimuatkan dalam nota kaki. Terima kasih.Muka surat 361Lain-lain23.10.2014
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.   
  2.  Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

 

 

Tatabahasa26.06.2014
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
12

Kembali ke atas