Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.kléus] | نوکليوس

Definisi : (nukléus) 1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok, sari; ~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.kléus] | نوکليوس

Definisi : /nukléus/ ist 1 lembaga yg di tengah-tengah sesuatu sel hidup. 2 bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron. ~ atom ist pusat sesuatu atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron, kecuali pd hidrogen yg hanya mempunyai satu proton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nukleus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persenyawaan ialah proses percantuman atau pencantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Mohon penjelasan bagi penggunaan percantuman atau pencantuman. Terima kasihPenggunaan kata yang betul ialah percantuman, iaitu daripada kata dasar bercantum.Istilah01.09.2021
Assalamualaikum, Saya ingin tahu jika perkataan "narcissistic" diterjemahkan sebagai "narsisistik", bolehkah"narcissist" diterjemahkan sebagai narsisis? Mohon bantuan sebab takrif bagi perkataan ini tiada dalam laman PRPM. Saya juga perlukan terjemahan untuk senarai perkataan di bawah; 1) nukleus accumben 2) grandiosity (selain daripada grandiositi) 3) tau (abnormal protein which builds up, usually over years, throughout the cerebral cortex but especially in the temporal lobes) Mohon bantuan. Sekian, terima kasih.

Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan narcissistic ialah narsisistik. Namun begitu, perkataan narcissist dan narsisis tidak ada dalam pangkalan data. Untuk makluman puan, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. Kami akan menyemak ejaan, penggunaan kata dan ayat tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan28.05.2019

Kembali ke atas