Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyah.cas] | ڽهچس

Definisi : ; ~ elektrik (Fiz) pengaliran cas elektrik melalui gas atau udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyah.cas] | ڽهچس

Definisi : ; menyahcaskan ist menge­luarkan atau memindahkan sesuatu cas dr sesuatu bateri, kapasitor dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyahcas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air dischargenyahcas udaraMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Suatu bentuk nyahcas kilat yang mempunyai sifat antara nyahcas awan dan nyahcas awan ke bumi. Dalam nyahcas udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke bumi, tetapi hanya berjaya meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Nyahcas udara lebih selalu terjadi di kawasan separa gersang kerana dasar awan lazimnya tinggi dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus nyahcas titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan subawan.2. Suatu jenis nyahcas elektrik bauran yang terdapat di kawasan atas ribut petir yang aktif.
ground-to-cloud dischargenyahcas bumi ke awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganNyahcas kilat yang pancarannya bermula dari sesuatu objek di bumi mengarah ke atas; berlawanan dengan kejadian yang lazim, iaitu nyahcas awan ke bumi. Nyahcas bumi ke awan kerap berlaku di sekitar struktur tinggi yang bersekeupayaan dengan bumi dan dengan demikian membentuk medan keamatan yang kuat berdekatan dengan puncaknya lalu menghasilkan pancaran kilat.
Joshi effectkesan JoshiKejuruteraanTiadaKesan cahaya terhadap arus nyahcas dalam nyahcas gas.
cloud dischargenyahcas awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganNyahcas kilat yang terjadi di antara pusat cas positif dengan pusat cas negatif, dengan kedua-duanya berada di dalam awan yang sama. Jenis nyahcas awan yang paling kerap ialah yang di antara cas positif atas utama dengan cas negatif rendah utama; tetapi kadangkala nyahcas terjadi di antara pusat bercas negatif awan petir dengan pusat positif sekunder yang berada bawah sedikit daripada aras pusat negatif utama.
over dischargenyahcas lebihTeknikElektrikBerkaitan dengan bateri storan yang mengalami nyahcas di bawah aras biasa, atau yang kehabisan tenaga sehingga tidak dapat dipulihkan semula. Ini disebabkan oleh ciri-ciri elektrod dan elektrolitnya yang telah berubah sama sekali. Nyahcas lebih mungkin terjadi jika bateri itu terus menerus sekali. Nyahcas lebih mungkin terjadi jika bateri itu terus menerus digunakan tanpa dicas semula apabila tempoh gunanya telah habis.
cloud-to-ground dischargenyahcas awan ke bumiMeteorologiMeteorologi PerhubunganNyahcas kilat yang terjadi di antara pusat cas (selalunya negatif) di dalam awan dengan pusat cas yang berlawanan di bumi. Nyahcas awan ke bumi selalunya merupakan kilat gabungan, iaitu terdiri daripada beberapa panahan kilat yang nyata, semuanya pada saluran yang hampir sama dan berlaku satu demi satu pada sela per beberapa ratus saat.
double-discharge laserlaser dwinyahcasKejuruteraanTiadaLaser yang diuja secara melintang melalui pranyahcas diikuti dengan nyahcas utama bagi menghasilkan nyahcas bebas arka sekata dalam rongga laser yang besar.
corona dischargenyahcas koronaKejuruteraanTiadaNyahcas elektrik yang timbul di sekeliling pengalir apabila kecerunan upaya di permukaan dinaikkan melebihi suatu nilai genting, menyebabkan penghuraian separa berlaku pada gas di sekelilingnya.
over dischargenyahcas lampauSosiologiTiadaProses nyahcas sehingga tidak boleh dicas semula.
corona dischargenyahcas koronaKimiaKimia AnalisisNyahcas elektrik berupa kilauan ungu kebiruan pada permukaan pengkonduksi yang bertentangan, apabila wujud kecerunan voltan pada nilai genting yang tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas