Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : beberapa jenis serangga ber­sayap yg suka menggigit dan meng­hisap darah. ~ aedes (rimau) nya­muk yg membawa demam denggi dan demam kuning, Aedes aegypti. ~ biasa nyamuk yg biasa terdapat tetapi tidak berbahaya, Culex fatigans. ~ tiruk nyamuk yg membawa penyakit malaria, Anopheles maculatus (sundaicus, umbrosus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk

Puisi
 

Banyak nyamuk di hutan Tengar,
     Buah betik dipanggil papaya;
Kicau murai lagi didengar,
     Inikan pula cerita manusia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NYAMUK

Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan

sesetengah penyakit yang paling teruk kepada

manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu

membawa kuman yang menyebabkan penyakit

serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan

demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia

mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis

nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia

mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak

daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit

hidup di kawasan yang panas, lembap dekat

khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua

bahagian di dunia, malah di Artik.

UMUM 
NYAMUK AËDES AEGYPTI

Nyamuk aëdes aegypti lihat Demam kuning;

Finlay, Caros J.

UMUM 
SYAIR NYAMUK DAN LALAT

SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional.  Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya.

SASTERAKonsep
MALARIAMalaria ialah penyakit parasit yang berbahaya
yang biasa berlaku di kawasan tropika dan
subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa
(organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai
Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk
betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria
mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua
hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap
tahun.
UMUM 
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
SERA

Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar

lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus,

tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat

kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan

yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera

jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu.

Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada

waktu senja.

UMUM 
SERANGGA

Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam.

Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas,

kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu

adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung,

nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik,

belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada

akhirnya.

UMUM 
SWALLOW

Swallow ialah burung kecil yang cantik dan

menarik. Ia mempunyai sayap yang panjang dan

kuat, dan kaki kecil, lemah yang hanya sesuai untuk

bertenggek. Ia mempunyai mulut yang besar yang

sesuai untuk menangkap serangga, yang menjadi

makanan utamanya. Ia memakan banyak nyamuk.

UMUM 

Kembali ke atas