Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam; bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; nyanyian nyanyi penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan me­lagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,

Puisi
 

Angin bukan sebarang angin,
     Angin menyusur daun kayu;
Nyanyi bukan sebarang nyanyi,
     Nyanyi menghibur hatiku rindu.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pattern poetrypuisi polaKesusasteraanTiadaPuisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard.
chant/hymnnyanyi pujaKesusasteraanPuisiBahan tulisan atau lisan khususnya dalam bentuk puisi tradisional yang disampaikan secara nyanyian beramai-ramai. Puisi nyanyi puja ini mengandungi ataupun membawa unsur� unsur yang berhubungan dengan keagamaan, ketuhanan dan kenabian. Cara penyampaiannya hampir sama dengan berzanji dan marhaban.
epithalamionnyanyi kahwinKesusasteraanTiadaLagu atau puisi yang ditulis untuk meraikan perkahwinan.
antiphonnyanyi sahutan; antifonKesusasteraanTiadaTiada
wedding songnyanyi kahwinKesusasteraanTiadaLagu atau puisi yang ditulis untuk meraikan perkahwinan.
unison singingnyanyi senadaKesenianTiadaKaedah menyanyi menggunakan cara unison.
part-singingnyanyi berlapisKesenianTiadaGaya nyanyian dalam bahagian berasingan.
sight singingnyanyi langsungKesenianTiadaKebolehan menyanyi menggunakan not.
bouche fermeenyanyi berkulumKesenianTiadaMenyanyi dengan mulut tertutup.
community singingnyanyi ramaiKesenianTiadaSekumpulan orang yang menyanyi dalam keramaian.
123

Kembali ke atas