Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : alat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyiru (kata nama)
Bersinonim dengan gadang, badang, penampi.,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dianyam di tepi tasik;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu datang bawa penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nyirunyiruKesenianTiadaBekas daripada buluh, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat, dan bingkainya beranyam tulang belut dan digunakan sebagai bekas tampi padi atau beras, hiasan dinding dan tempat jemur ikan.
nyiru bujurnyiru bujurKesenianTiadaNyiru berbentuk bujur daripada kulit buluh digunakan untuk menampi padi.
bluespotted stingraypari nyiruPerikananTiadaIkan pari daripada famili Dasyatidae, spesies Dasyatis kuhlii. Ikan pari ini berbintik biru dan berekor pendek serta hidup di dasar pesisir pantai dan batu karang. Ikan ini diklasifikasikan sebagai ikan rekreasi pantai. Nama lain bagi ikan ini ialah pari lalat.
badangbadangKesenianTiadaNyiru bulat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihiasi anyam tulang belut, dan digunakan sebagai hiasan dinding, menampi padi dan tempat jemur ikan.
inundok (Mur.)inundok (Mur.)KesenianTiadaAnyaman menegak yang biasanya terdapat pada tekiding dan nyiru dengan kiraan mata susup dua dan langkau empat.

Kembali ke atas