Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif?Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai.Makna20.01.2010
apakah maksud matlamat dan objektifMatlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.07.2009
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaanPerniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi.Makna14.02.2007
Adakah ayat majmuk mengalami proses peluasan? Dalam kerja kursus pelajar saya, objektif yang ditulis adalah seperti berikut: menghuraikan proses peluasan dalam ayat majmuk dan membuat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Pertanyaan saya : Adakah penulisan objektif kajian itu betul?Peluasan boleh sahaja berlaku dalam mana-mana fungsi perkataan, makna atau ayat. Namun begitu, untuk mendapatkan jawapan yang tepat sila rujuk pihak yang berkaitan. Dalam hal ini guru di sekolah ialah orang yang tepat untuk dirujuk.Tatabahasa04.08.2015
1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIKPerbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamatMakna31.10.2007
Assalamualaikum, Saya berpandangan ayat ini kurang tepat : "Teknologi A adalah alat sokongan dan bantuan kepada pencapaian objektif dasar B". Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Salam,

Ayat yang tepat: "Teknologi A ialah alat sokongan dan bantuan dalam pencapaian objektif dasar B".
Tatabahasa08.12.2015
Saya ingin mendapatkan makna bagi perkataan Dasar, Teras dan Objektif. Saya sudah merujuk kepda kamus Dewan Edisi 3, tetapi terlalu ringkas makan perkataan tersebut. Saya memerlukan ciri-ciri bagi perkataan tersebut untuk saya membuat rujukan. Saya boleh dihubungi di talian 03-88884817. Segala kerjasama di pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (kamus terkini) antara maksud dasar ialah 1. bahagian yang di bawah sekali 2. sifat,perangai 3 . pertimbangan yang pokok berkenaan sesuatu 4. pendirian yang menjadi asas segala tindakan . Makna teras antaranya ialah sesuatu yang terpenting .Makna objektif antaranya ialah 1. sesuatu yang khusus yang ingin dicapai 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.  Saudara boleh juga membuat rujukan dalam carian kata melalui Laman DBP. Makna23.06.2008
ASSALAMUALAIKUM. APAKAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF TENTANG PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN KITA?

Puan Rozaidah.

Untuk mendapatkan jawapan secara panjang lebar , sila lihat majalah DBP yang banyak memperkatakannya  terutama pada keluaran yang lepas.

Lain-lain11.10.2010
saya ingin bertanya apakah objektif, ciri-ciri dan kepentingan bahasa dan budaya Melayu...kerana saya ingin membuat satu brosur mengenai kempen bahasa dan budaya Melayu...Bagi membantu puan menyediakan brosur kempen bahasa dan budaya Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat - Bab 1 : Sejarah dan Variasi bahasa; juga buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar (DBP, 2008); atau rujuk laman sesawang DBP.Lain-lain25.04.2010
123456

Kembali ke atas