Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
THE INSPIRE BOUTIQUE25645/2014OBJEKTIF UTAMA BUTIK FESYEN DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG DATANG DENGAN BARANGAN YANG KAMI SEDIAKAN DI BUTIK KAMI.Majlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201410/05805Lulus23/10/201423/10/201415:55:55
PUSAT TUISYEN PINTAR MINDA EMAS14501/2015BERSESUAIAN DENGAN OBJEKTIF DAN TUJUAN IAITU SEBAGAI TPUSAT PEMBELAJARANMajlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201504/07444Lulus17/04/201520/04/201512:10:15
Pusat Tuisyen Akademi Lestari Cemerlang32340/2014Nama ini sesuai dengan objektif menubuhkan pusat tuisyen ini.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05949Lulus26/12/201426/12/201416:09:42

Kembali ke atas