Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conflicting objectivesobjektif-objektif bercanggahPentadbiranTiadaObjektif-objektif yang tidak boleh dicapai secara serentak kerana pembaikan tersebut akan memberi kesan sebaliknya kepada yang lain.
objektif clarificationpenjelasan objektifSosiologiTiadaTiada
strategic objectiveobjektif strategikPengurusanPerancanganMatlamat jangka panjang sesebuah organisasi yang membantu menterjemahkan pernyataan misi daripada wawasan yang luas kepada objektif yang lebih terperinci dan khusus. Objektif strategik lazimnya memerlukan perancangan yang teratur dalam mewujudkan beberapa pelan tindakan dan projek tertentu untuk mendukung matlamat organisasi. Contohnya, organisasi boleh membentuk objektif strategik dengan membuat analisis SWOT untuk meninjau keadaan organisasi pada tahap kini dan objektif yang akan dicapai pada masa akan datang. Lihat juga analisis SWOT.
business objectiveobjektif perniagaanPengurusanPerancanganMatlamat yang ingin dicapai oleh organisasi perniagaan dalam jangka masa tertentu. Objektif perniagaan lazimnya dinyatakan secara jelas dan boleh diukur dengan suatu penyataan yang boleh dikongsi bersama-sama oleh ahli organisasi. Objektif ini boleh ditentukan oleh pihak atasan mahupun diputuskan secara bersama-sama mengikut peringkat objektif yang ingin dicapai, dan perlu disokong dengan sumber dan infrastruktur yang diperlukan. Contoh objektif perniagaan yang baik perlu mengandungi ciri-ciri tertentu, iaitu khusus, boleh diukur, mampu dicapai, realistik dan mempunyai faktor masa.
action verbkata kerja tindakPendidikanTiadaKata kerja untuk menyatakan kebolehan pelajar yang digunakan dalam perancangan objektif prestasi atau objektif pembelajaran.
Management By Objective (MBO)Pengurusan Berdasarkan ObjektifPengurusanPerancanganSalah satu teknik pengurusan yang melibatkan perbincangan dua hala antara pengurus dengan pekerja dalam merancang matlamat bersama dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Selain memberikan peluang kepada pekerja untuk turut serta dalam menetapkan objektif, teknik ini juga membolehkan keberhasilan matlamat yang lebih fokus dan meningkatkan motivasi pekerja. Pelaksanaan Pengurusan Berdasarkan Objektif turut membantu proses pemantauan pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan penilaian prestasi pekerja yang lebih telus.
new product strategystrategi keluaran baharuPentadbiranTiadaStrategi yang mengaitkan proses pembangunan idea baharu untuk mendapatkan sesuatu keluaran dengan objektif pemasaran dan objektif syarikat.
short-term objectiveobjektif jangka pendekPengurusanPerancanganSasaran tindakan berskala kecil dan lebih terfokus yang dibuat secara berperingkat dan sejajar dengan matlamat jangka panjang yang telah ditetapkan oleh organisasi. Tujuan mewujudkan objektif jangka pendek adalah untuk memastikan kejayaan di peringkat jangka pendek supaya matlamat jangka panjang keseluruhan organisasi mampu dicapai. Contohnya, organisasi menggariskan objektif tahunan dalam memastikan pencapaian perancangan strategik lima tahun boleh dicapai. Lihat juga objektif strategik.
performance objectiveobjektif kelakuanPendidikanTiadaObjektif pengajaran yang dinyatakan dalam bentuk perubahan kelakuan. Sinonim: behavioural objective
prerequisite objectiveobjektif prasyaratPendidikanTiadaObjektif yang perlu dicapai oleh pelajar sebagai prasyarat mengikuti kursus atau tugas pembelajaran yang berikutnya.
12345678910...

Kembali ke atas