Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan kira-kira 21% drpd at­mos­fera yg membantu pembakaran dan diper­lukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup; beroksigen mengandungi oksigen; mengoksigenkan memberi oksigen; pengoksigenan perihal mengoksigenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.si.gen] | اوکسيݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan membentuk kira-kira 21% drpd semua gas dlm udara (amat perlu utk semua kehidupan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oksigen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
oksigenoxygenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas dalam atmosfera kira-kira 21%, yang membantu pembakaran dan diperlukan dalam respirasi sel.Menengah Rendah
oksigenoxygenGas yang tidak mempunyai rasa, bau dan warna, yang terdapat di udara dan diperlukan semasa bernafas.Sekolah Rendah
oksigen terlarutdissolved oxygenMolekul oksigen yang terlarut dalam air, dalam unit mg/liter, dan jumlahnya digunakan untuk mengukur kesesuaian air bagi organisma akuatik.Menengah Atas
kedalaman oksigenoxygen depthJumlah tambahan oksigen yang diperlukan oleh tisu otot untuk mengoksidakan asid laktik yang terkumpul selepas seseorang melakukan senaman.Menengah Atas
keperluan oksigen biokimiabiochemical oxygen demandJumlah oksigen terlarut di dalam sesuatu sumber air yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan alga untuk menguraikan bahan organik.Menengah Atas
kitar oksigenoxygen cycleKitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan.Menengah Rendah
struktur respirasirespiratory structureStruktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan.Menengah Atas
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
pernafasanbreathingProses pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida melalui organ tertentu. Contohnya, paru-paru, kulit, trakea atau insang.Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas